Tentang RAISING YOUNG KHALIFAH

Sebagaimana yang kita semua ketahui, anak merupakan anugerah dan pemberian dari Allah Ta’ala. Meskipun begitu, masih ramai ibubapa yang lalai bahawa anugerah tersebut juga merupakan satu ujian dan amanah besar yang harus dijalankan dengan sebaik-baiknya. Setiap ibu bapa yang telah dikurniakan anak harus berusaha sebaik mungkin dalam memastikan agar fitrah anak-anak terjaga, iaitu TAUHID dan KEISLAMANnya.

Selari dengan kesedaran ini, Seminar Keibubapaan “Raising Young Khalifah” ini merupakan satu seminar untuk memberi panduan bagaimana MEMBENTUK HATI ibu bapa itu sendiri terlebih dahulu agar dapat menjadi ibu bapa yang beriman, bertaqwa dan cemerlang, insyaAllah. Selain itu, seminar ini akan turut melibatkan pementasan teater ringkas, forum perkongsian dan juga aktiviti-aktiviti ransangan yang lain.

No comments:

Post a Comment